Cikgu Ngaji

IKUTI KAMI DI :

huruf huruf hijaiyah

Huruf-huruf Hijaiyah

Pengenalan

Seperti bahasa-bahasa lain di dunia, bahasa Arab juga turut mempunyai sistem tulisan sejak daripada zaman Rasulullah S.A.W lagi. Huruf-huruf ini sudah mula ditulis sebelum kedatangan agama Islam ke semenanjung tanah arab. Nama bagi huruf di dalam bahasa Arab disebut dengan nama huruf-huruf hijaiyah.

Mengikut fakta sejarah, huruf-huruf hijaiyah pada mulanya ditulis tanpa menggunakan sebarang titik bagi membezakan huruf-huruf tersebut.

Perkembangan huruf hijaiyah

Di atas permintaan seorang gabenor Dinasti Daulah Umayyah (40-95H) bernama Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqafy maka huruf-huruf ini pertama kali diberikan titik untuk membezakan huruf-hurufnya oleh Nasr bin Ashim (W. 89 H).

Sedangkan yang pertama kali menggunakan tanda Fathah (baris atas), Kasrah (baris bawah), Dhammah (baris hadapan), Sukun (tanda mati), dan Tasydid (syaddah/sabdu) seperti yang kita kenal sekarang adalah al-Khalil bin Ahmad al-Farahidy (170 H) pada abad ke-2 Hijrah.

Pada zaman kekhalifahan Al Makmun, maka sistem huruf ini semakin diberikan penambahbaikan dengan ijtihad para ulamak untuk membantu memudahkan ummat belajar, menghafal dan membacanya. Antaranya seperti meletakkan tanda baca, meletak tanda berhenti dan bermula dan sebagainya.

Bilangan huruf-huruf hijaiyah

Sepertimana abjad A, B, C dan seterusnya, huruf-huruf hijaiyah juga mempunyai bilangan-bilangan hurufnya sendiri. Kami memilih untuk membilang huruf “alif” sehingga huruf “ya” dengan bilangan 29 huruf mengikut jumhur ulamak.

Hal ini kerana kami tidak memasukkan huruf “lam-alif” kerana dua huruf itu sudah mempunyai asasnya dia dalam senarai huruf-huruf ini.

Nama huruf-huruf hijaiyah

Nama huruf-huruf hijaiyah dapat dilihat dari carta yang kami sediakan di bawah. Kami telah menjadualkan bentuk huruf-huruf ini dengan ejaannya sekali.

Carta huruf

huruf-huruf hijaiyah

Makhraj huruf-huruf hijaiyah

Makhraj ialah berasal dari bahasa arab yang membawa maksud tempat keluar. Ataupun tempat terbitnya huruf-huruf ini dari dalam rongga mulut kita. Sila perhatikan jadual di bawah untuk memastikan darimanakah tempat terbitnya huruf-huruf ini.

MAKHRAJHURUF
Rongga Hidungن م
Rongga Mulutا و ي
Kerongkongح خ ه ع غ ء
Lidahد ث ص ض ط ك ن ت ل ي س ش ظ ز ر
Bibirب م

Kesimpulan

Terdapat 29 huruf-huruf hijaiyah yang telah disepakati oleh para ulamak. Setiap huruf ini mempunyai makhraj dan sifatnya yang wajar dipenuhi apabila membaca Al Quran.

Dalam penulisan lain pula kami akan menyediakan carta yang lebih terperinci untuk rujukan semua mengenai makhraj huruf dan juga sifat-sifatnya.


Baca juga

Ilmu Tarannum: Pengenalan dan sejarah di Malaysia

4 Kelajuan Bacaan Al Quran

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *