Tak ramai orang boleh beritahu tips jaga suara. Jom baca di bawah.
PENGENALAN TIPS JAGA SUARA
Suara adalah salah satu elemen yang penting dalam ilmu tarannum. Setiap tahun kita dapat menyaksikan majlis tilawah Al Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang dianjurkan oleh JAKIM di Malaysia.
Kita dapat lihat bagaimana para qari dan qariah kita beradu suara dan seni tarannum di pentas yang istimewa itu. Kali ini kami ingin mengongsikan bagaimanakah caranya untuk kita menjaga suara kita.
JENIS-JENIS SUARA
Lazimnya Tuhan ciptakan setiap manusia mempunyai julat suara yang berbeza-beza dan kualiti suara yang pelbagai. Jom kita kenali jenis-jenis suara yang ada dalam ilmu Tarannum.
SIHAT
Yang pertama ialah suara sihat. Suara sihat ialah suara yang dapat dikawal dinamiknya oleh setiap individu tanpa ada halangan di kerongkong ataupun salur suara di bahagian muka. Bacaan yang dilontarkan akan kedengaran jelas dan berkualiti.
SAKIT
Yang kedua ialah suara sakit. Lazimnya suara sakit datang dari faktor kesihatan umpama demam, selsema, batuk, radang paru-paru. Bahkan boleh jadi juga persekitaran yang tidak selesa. Suara akan kedengaran serak, pecah dan tidak dinamik.
ROSAK
Yang ketiga ialah suara rosak. Suara ini sangat ditakuti oleh semua qari dan qariah. Suara rosak ialah suara yang sudah tidak boleh mempelbagaikan nada nada di dalam ilmu tarannum dengan tobaqat-tobaqatnya.
3 TIPS JAGA SUARA
Jangan Makan Makanan Berminyak
Sebagai seorang rakyat Malaysia, memang kita tak dapat lari dari makan makanan yang berminyak. Namun begitu, demi menjaga kualiti suara yang baik, maka kita seharusnya mengelakkan diri darinya.
Makanan berminyak akan mengganggu peti suara kita. Suara kita akan terlekat-lekat dikerongkong dan seterusnya lontaran suara akan menjadi tidak sempurna.
Jangan Minum Air Berais
Malaysia merupakan negara beriklim tropika, maka memang kita tidak dapat lari dari cuaca yang panas dan lembab. Kalau dapat pekena teh ais segelas memang padu!
Malangnya, minuman berais pun akan menganggu kualiti bacaan kita dan juga suara kita. Boleh tanya dengan semua qari yang berada di pentas kebangsaan. Majoriti mereka memang pantang ais.
Jangan Hadiri Tempat Berkuman
Lazimnya tempat berkuman tempat berpenyakit. Maka apabila kita berada di situ, maka badan kita akan mudah dijangkiti virus dan menyebabkan kita demam ataupun selesema.
Maka kualiti suara juga akan berubah. Oleh itu elakkanlah pergi ke tempat-tempat sebegini tanpa ada keperluan.
QARI SUARA TERBAIK
Berikut adalah antara qari dan qarih tanah air yang mempunyai suara yang baik.
- Dato Faizul Ghazali
- Dato’ Ismail Hashim
- Ustaz Abd Hak @ Abd Ghani
- Hajjah Rahmas Abdullah
- Datuk Hajjah Faridah Mat Saman
- Ustazah Sharifah Khasif
KONKLUSI TIPS JAGA SUARA
Dapat disimpulkan di sini, jika kita nak jaga suara kita sebagai seorang qari, maka elakkan lah makanan berminyak, minuman berais dan tempat berpenyakit.
In shaa Allah, suara kita akan berada dalam kategori suara yang sihat dan hal ini akan memudahkan kita untuk membaca dengan baik ketika berada di atas pentas pertandingan.
NAK BELAJAR JAGA SUARA
Haa! Berminat tak nak belajar jaga suara ni? Kalau berminat, apa tunggu lagi? Tekan je link dekat bawah ni. Lepas tu hubungi admin kami.
Anda mungkin berminat